Selasa, 06 Januari 2015

Sah!! Emma Maembong & Zizan Razak Putus Cinta

Gambar Emma Maembong dan Zizan Razak di saat sedang hangat bercinta.



Jika sebelum ini status perhubungan antara Zizan dan Emma Maembong menjadi teka-teki, kini status tersebut sudah sah, Emma dan Maembong dan Zizan sudah putus.

Melalui laporan dari Harian Metro, Emma Maembong sendiri menjelaskan tentang perkara ini melalui aplikasi Whatsapp:"Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham.

"Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dari Zizan, tetapi apa yang pasti berita ini sememangnya akan mengundang rasa kecewa bagi peminat pasangan ini yang mahu melihat kedua-dua mereka mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Menurut satu artikel di Utusan Malaysia sebelum ini, Emma dikhabarkan telah bercuti ke luar negara bersama rakan-rakannya untuk mengeubati hatinya yang luka. Selepas itu, Emma Maembong juga telah berkongsi bait-bait lagu Already Gone nyanyian Kelly Clarkson di Instagramnya.

Panas!! Surat Nikah Awie & Rozana Disahkan Palsu




Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa mendedahkan bahawa surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.

Ia selepas saksi berkenaan membuat semakan dalam senarai pendaftaran nikah Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lalu dan mendapati carian dokumen menggunakan nombor kad pengenalan milik isteri penyanyi itu, Rozana tidak berada dalam senarai.Yusoff juga turut memberitahu, dia sekali lagi membuat semakan menggunakan nombor siri pendaftaran yang dikemukakan oleh Awie pada 8 Julai tahun yang sama dan mendapati nombor siri sijil nikah tersebut didaftarkan di atas nama orang lain.

Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.

Keterangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mahakamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Jais pada Selasa.Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman sementara Awie diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.

Mohd Amran menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak terhadap kes berkenaan dan meminta pasangan itu menghadiri perbicaraan itu nanti.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Minggu, 04 Januari 2015

Tahniah!! Ayai 'Illusi' Juara 'Gegar Vaganza'

 Ayai 'Illusi' dinobatkan sebagai  Juara 'Gegar Vaganza'. (Kredit: Azman Abdul & Azri Abdul)


Ayai 'Ilusi' mempamerkan persembahan yang cukup bertenaga. 
  
KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Bintang RTM, Ayai 'Illusi' atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Ayai memberikan persembahan mantap membawakan lagu Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmad.

"Berada di peringkat akhir sudah membuatkan saya berasa syukur kerana mampu berada  sehingga ke tahap ini.

"Saya pun tidak sangka boleh menang kerana saingannya hebat-hebat belaka. Moga kejayaan ini membuka ruang untuk kembali lebih aktif dalam industri muzik tempatan," katanya.


 Haleeda berjaya meraih tempat kedua.

Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Haleeda dengan mendapat wang tunai sebanyak RM30,000 manakala Mamat (Exist) mendapat tempat ketiga, menerima wang tunai RM15,000.


Mamat 'Exist' memenangi tempat ketiga dan persembahan terbaik pilihan penonton.

Penyanyi Rahmad pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kelima dimenangi Ifa Raziah, membawa pulang RM5,000.

Walaupun berada di tempat akhir, Fazli Zainal tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Dalam pada itu persembahan terbaik pilihan penonton dimenangi oleh Mamat (Exist) menerima wang tunai RM5,000.

Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.

Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

Sepanjang tujuh minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terlibat dengan pertandingan itu ialah menyertai pertandingan tersebut iaitu Hasnol, Sam (Innuendo),  Shima, Sharifah Zarina, Nadia dan Adilla.

Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor.

Para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri.

Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Program tersebut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.