Rabu, 31 Desember 2014

Bapa Chacha Maembong Enggan Mengaku Anak

Chacha Maembong.
   

PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong berkata, tulisan bapanya, Ismail Embong yang marah terhadap dia sehingga enggan mengaku anak hanyalah sekadar salah faham.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, bagaimanapun enggan mengulas panjang berkenaan perkara itu kerana bimbang kenyataan yang dikeluarkan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya tak mahu cakap banyak kerana takut jadi lebih teruk. Saya anggap perkara itu semua salah faham.

"Lagipun tidak elok untuk saya kongsikan hal-hal peribadi terutamanya berkaitan keluarga kepada umum. Ia boleh mengeruhkan keadaan," katanya kepada mStar Online.

Minggu lalu, Ismail yang juga pelukis terkenal negara menerusi status Facebook miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan Chacha di media yang dianggap membelakanginya sebagai bapa.


Chacha (duduk tiga dari kiri) bersama keluarganya.


Perselisihan faham bermula apabila Ismail memuat naik status mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan secara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya.

Yaya dan Wan Raja bernikah pada 12 Disember lalu.

Chacha pula turut membuat kenyataan kepada sebuah portal menafikan tuduhan si bapa kononnya dia bersama dua beradiknya telah dihalau dari rumah kakak mereka Yaya sebaliknya mereka secara peribadi mahu berpindah ke sebuah rumah lain yang baru dibeli Chacha.

Kenyataan Chacha itu membuatkan Ismail terluka dan menyatakan bahawa Chacha bukanlah anaknya.

Sementara itu, Chacha berharap mana-mana pihak tidak lagi membesarkan isu berkenaan kerana perkara ia boleh menjejaskan lagi perhubungan keluarga mereka.

Dalam pada itu, dia bersyukur kontroversi yang timbul dalam keluarga tidak menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Menjadi selebriti, saya perlu bersedia dengan pelbagai kontroversi yang timbul. Kerana itu saya cuba mengelakkan memberi komen tentang hal-hal peribadi termasuklah masalah keluarga. Saya tak mahu ia bercampur dengan kerjaya seni.

"Maafkan saya jika tidak mengulas panjang berhubung kontroversi (keluarga) yang timbul," ujarnya.

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK

Minggu, 09 November 2014

Firman Juara AF 2014

Firman diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2014.  


Trofi sumbangan Astro disampaikan oleh pengetua AF 2014, Datuk Hattan.
 

Peserta berasal dari Sabah, Firman, 25, diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2014.
      


SHAH ALAM: Peserta berasal dari Sabah, Firman, 25, diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo, percutian ke Osaka Jepun beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Datuk Hattan.

 
Tiga pemenang utama Akademi Fantasia 2014, (dari kiri) Ewal, Firman dan Aman.
 

Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Firman menyanyikan lagu berjudul Kejoraku Bersatu nyanyian Amy Search dan sebuah lagu baharu, Di Pintumu ciptaan Datuk M.Nasir.

Tempat kedua diungguli peserta daripada Melaka iaitu Aman atau nama sebenarnya Mohd Razman Abdul Aziz, 21, dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, Produa Myvi 1.3, percutian ke Osaka Jepun, dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 22 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Osaka Jepun serta trofi.

Manakala tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Nuha dan Adel masing-masing menerima RM15,000 dan RM10,000 berserta percutian ke Osaka Jepun dan trofi.

Sementara itu, Nuha turut dipilih memenangi anugerah khas wang tunai RM10,000 daripada D'Herbs sebagai pelajar paling banyak menunjukkan perubahan sepanjang 10 minggu AF 2014 bersiaran.

Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak, Faizal Ismail dan Jihan Musa.

Selain juri tetap, Ramli MS dan Raja Azura, turut diundang sebagai pengkritik ialah Amy Search.

Selain persembahan para peserta, malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan Bunkface, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Mas Idayu.

Oleh: KEMALIA OTHMAN

Minggu, 02 November 2014

Wanita Bunuh Diri Kerana Suami Enggan Tonton Filem Shah Rukh Khan

Filem terbaru lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudul Happy New Year.



SEORANG wanita di India bertindak meminum cuka sebagai tanda protes terhadap suaminya yang tidak mahu menonton filem lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudul Happy New Year.

Wanita yang dikenali sebagai Neha itu tidak dapat diselamatkan doktor apabila keseluruhan organ dalamannya rosak dan terbakar akibat cecair berasid itu.

Seperti dilapor One India News, wanita berusia 21 tahun itu turut membuat sebuah rakaman video yang memberitahu bahawa perkara tersebut adalah kesalahan suaminya, Vishal.

Vishal menolak untuk menonton filem tersebut pada hari pertama tayangan kerana terlalu ramai orang. Namun perkara tersebut telah membuatkan wanita itu terlalu kecewa hingga tekad membunuh diri.

Sementara itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Shah Rukh Khan berhubung kes tersebut.


Impian Rozita Che Wan Untuk Mendapat Cahaya Mata Perempuan Jadi Kenyataan

COMEL..Rozita dan anaknya.


     
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.


 Zain Saidin sedang mendukung anak sulungnya.


"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.

Oleh: KEMALIA OTHMAN

Jumat, 24 Oktober 2014

Tahniah!! TMJ & Khaleeda Selamat Diijab Kabul


Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat. -foto Facebook Johor Southern Tigers


JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat.


Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.




Upacara pernikahan itu dijalankan kira-kira jam 10 pagi dan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran.
 

Selepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.


Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.




Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.

Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi.





Uniknya, pasangan diraja ini dinikahkan dengan konsep yang sederhana tetapi masih meriah adalah satu amalan yang boleh dipuji dan dicontohi.

Untuk makluman anda, istiadat merisik sudah berlangsung pada 27 September lalu diketuai oleh Tunku Idris, dan Cik Khaleeda menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang kepada Tunku Ismail.

Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dan bakal dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

Kamis, 23 Oktober 2014

Mariah Carey Buktikan Vokalnya Masih Mantap



Persembahan penyanyi terkenal Mariah Carey di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dibanjiri 12 ribu penonton.

 
KUALA LUMPUR: Laporan mengenai kegagalan penyanyi yang terkenal dengan vokal lima octav, Mariah Carey menyanyi dengan baik ketika mengadakan konsert jelajah The Elusive Chanteuse di Tokyo, Jepun pada 4 Oktober lalu membimbangkan peminat.

Kritikan pedas terhadap penyanyi berusia 44 tahun itu cukup pedas apabila rakaman video Mariah gagal mencapai nada tinggi pada konsert tersebut tersebar luas dan ramai mula percaya karier sepanjang 25 tahunnya sudah pun berkahir.

Malah ada yang merasakan Mariah patut mula berfikir untuk bersara daripada industri muzik bagi mengelakkan dia mendapat malu pada masa akan datang.


Mariah tampil bertenaga ketika persembahan pembukaan menerusi lagu Fantasy (Remix).
 

Bagaimanapun, apa yang terjadi di Tokyo bukanlah penamat kepada karier artis paling berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat itu apabila beliau tampil dengan persembahan bertenaga di hadapan 12,000 penonton yang membanjiri Stadium Merdeka di sini pada malam Rabu.

Cuaca hujan sepanjang konsert langsung tidak membuatkan peminat berganjak untuk menyaksikan persembahan diva terkenal itu bagi mendengar sendiri sama ada Mariah masih mampu menyanyi atau pun tidak.

Memilih lagu Fantasy versi Remix daripada album Daydream yang dikeluarkan pada tahun 1995, persembahan pembukaan itu cukup bertenaga dan mendapat sorakan gemuruh daripada peminat.

Tidak lama membiarkan peminat menunggu, Mariah yang tampil dengan gaun pendek berwarna hitam meneruskan persembahan dengan Touch My Body diikuti Shake It Off sebelum memilih untuk mendendangkan Emotions yang cukup mencabar vokal penyanyi itu.


Penuh emosi...Mariah ketika menyampaikan lagu Hero khas buat peminatnya di Kuala Lumpur.
 

Mariah berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik malah berjaya mencapai semua nota tinggi yang cukup sinonim dengan penyanyi itu.

Menariknya mengenai Mariah, beliau menyapa peminat di Kuala Lumpur dalam sebuah lagu dinyanyikan secara spontan yang diantara liriknya menyebut dia berterima kasih kepada semua peminat yang hadir biarpun dalam keadaan hujan lebat.

"Saya hargai sokongan anda semua, Kuala Lumpur," katanya.

Beralih pada segmen seterusnya, Mariah bersama pemain piano yang juga komposer terkenal, James 'Big Jim' Wright tampil menyampaikan lagu seperti Cry, Fly Like A Bird dan Lullaby of Birdland.


Penyanyi latar Mariah iaitu Trey Lorenz berduet dengan Mariah menerusi lagu I'll Be There.

 
Stadium Merdeka bertukar gamat apabila Mariah menyampaikan lagu My All yang cukup popular dikalangan peminat penyanyi itu sebelum meneruskan persembahan dengan lagu rancak seperti Heartbreaker, #Beautiful dan That Chick.

Secara keseluruhannya, vokal Mariah pada malam itu berada dalam keadaan baik dan sekaligus mematahkan semua cakap-cakap bahawa dia tidak lagi boleh menyanyi dengan baik.

Bagaimanapun sedikit mengecewakan apabila pemilihan lagu Mariah pada malam itu tidak seperti diharapkan apabila beliau tidak menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Without You, I Still Believe, Love Takes Time, Through The Rain, Dreamlover dan Vision of Love.

Dalam pada itu, Mariah turut menjemput penyanyi latarnya, Trey Lorenz untuk mendendangkan lagu nyanyian asal The Jakson Five iaitu I'll Be There dan persembahan itu cukup meninggalkan nostalgia dan peminat turut sama menyanyikan lagu tersebut.


Konsert tersebut dihadiri oleh 12,000 penonton.

 
Antara lagu lain yang disampaikan Mariah adalah Honey, Thirsty, Meteorite dan Supernatural.

Sementara itu, emosi penyanyi yang baharu sahaja berpisah dengan suaminya, Nick Cannon menerusi Hero cukup menusuk kalbu dan Mariah mendedikasikan lagu ciptaannya itu kepada semua peminat yang hadir pada malam itu.

"Ramai yang memberitahu kepada saya Hero banyak membantu mereka mengharungi masa sukar dan saya mendedikasikan lagu ini untuk anda," katanya.

Kemuncak konsert tersebut sudah tentu apabila Mariah mendendangkan lagu We Belong Together yang mencatat sejarah dalam karier seni penyanyi itu apabila ia menduduki tempat pertama carta Billboard selama 16 minggu.


Biarpun dikritik hebat Mariah membuktikan beliau masih mampu menyanyi secara 'live' dan peminat di Malaysia menjadi saksi perkara itu.
 
Peminat berlari ke barisan hadapan pentas semasa penyanyi itu menyampaikan lagu tersebut dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut sebelum Mariah mengakhiri konsert tersebut dengan Always Be My Baby dan Butterfly.

Barangkali Mariah bukan lagi seorang penyanyi hebat seperti mana zaman kegemilangannya dahulu, namun beliau membuktikan kredibiliti dan kesungguhannya terhadap muzik masih tidak berubah.

Mariah bakal meneruskan konsert jelajah tersebut ke beberapa buah negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Filipina, Taiwan dan Thailand sebelum ke Australia dan New Zealand.

Konsert berkenaan dibawa khas oleh IME Productions dengan sokongan Malaysia Major Events iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

Senin, 20 Oktober 2014

Zul Ariffin Nafi Mabuk Dan Berfoya-foya Dengan Wanita Seksi

 Gambar Zul Ariffin bersama seorang wanita seksi yang tersebar sehingga menimbulkan pelbagai tuduhan tidak benar terhadapnya.

     
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal dakwaan kononnya dia berfoya-foya dan berada dalam keadaan mabuk dengan seorang wanita ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Istiqarah Cinta di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, berkata, individu yang dikaitkan bersamanya di sebuah kelab sehingga gambar mereka tersebar adalah peminatnya dan dia menegaskan tidak mengenali wanita berkenaan.

"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui pada majlis pengumuman pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) di Sri Pentas di sini pada Isnin.

Selain Zul, ASK 2014 turut diterajui oleh Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.

Dalam pada itu, Zul berkata, dia tidak menyalahkan wanita berkenaan untuk memuat naik foto berkenaan di laman sosial dan menganggap ada pihak cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut.

Bagaimanapun kata Zul, selepas ini dia akan lebih berhati-hati sekiranya ingin bergambar dengan peminat wanita supaya tidak timbul salah faham.

"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini," jelasnya.

Menjawab persoalan kononnya dia seolah-olah melarikan diri daripada media apabila isu itu timbul, Zul berkata, dia tidak berniat berbuat demikian kerana lebih selesa menjawab secara berhadapan dengan pihak wartawan.

"Saya bukan lari tapi tunggu masa sesuai dapat berjumpa semua media untuk jelaskan situasi sebenar kerana lebih mudah menjelaskan secara berhadapan.

"Tetapi dua orang pertama yang tahu situasi sebenar adalah ibu saya dan Gayatri (kekasihnya)," ujar Zul.

Dalam perkembangan lain Zul berkata, dia terkejut apabila dipilih sebagai hos bersama ASK 2014 bergandingan dengan tujuh lagi selebriti lain.

Kata Zul, biarpun tidak merasakan mempunyai bakat sebagai pengacara namun dia tetap menerima tawaran tersebut kerana menganggap ia sebagai satu pendedahan kepadanya sebagai pelakon.

"Saya sendiri kurang pasti mengapa pihak TV3 memilih saya tetapi saya melihat ia sebagai satu peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu.

"Tetapi untuk meneruskan karier dalam bidang pengacaraan mungkin tidak kerana saya sebenarnya gemuruh apabila perlu bercakap memandang kamera," katanya.


 
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

Jumat, 17 Oktober 2014

Jamal Abdillah Mimpi Arwah Bapa Ketika Tunai Ibadah Haji

Akhirnya impian Raja Pop untuk mengerjakan ibadah haji terlaksana pada usianya mencecah 55 tahun.

   

Datuk Haji Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali berangkat ke Tanah Suci pada 26 September dan selamat kembali ke tanah air, Rabu lalu.

Pastinya terpilih menjadi tetamu Allah SWT adalah pengalaman terindah yang sukar untuk diluah melalui kata-kata bagi umat Islam.

Memetik petikan Harian Metro Jamal berkata, dia sangat bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadat itu.

“Alhamdulillah, saya dianugerahkan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci. Seperti jemaah lain, saya cuma batuk dan selesema ringan kerana perubahan cuaca di sana,” kata Jamal.

“Saya juga sempat buat ibadah korban dengan menyembelih dua ekor kambing untuk arwah ibu bapa dan diri sendiri. Antara doa saya ketika di sana agar dianugerahkan kesihatan yang baik untuk meneruskan karier seni, berjaya dalam perniagaan, doa untuk anak supaya mereka menjadi insan soleh, berjaya di dunia dan akhirat,” ujar Jamal.

Jamal turut berkongsi pengalaman bermimpi melihat arwah bapanya.

“Saya bermimpi bertemu dengan arwah bapa sebanyak tiga kali.

“Kali pertama sebelum berangkat ke Tanah Suci dan lagi dua kali ketika mengerjakan ibadah haji di sana.

“Dalam mimpi itu, saya lihat arwah bapa tersenyum dengan wajah ceria,” katanya.

Menurut Jamal lagi, dia akan tetap menjadi penyanyi kerana itu adalah sumber rezekinya dan pada masa sama turut berusaha untuk menjadi umat islam yang lebih baik.

Kes Penceraian Romie Dan Nur Liyana Ditangguh, Kerana Romie Gagal Dikesan

 
Romie Razin Adilha Abd Jais dan isterinya, Nur Liyana Abdul Manan.
 
 
PERBICARAAN penceraian Nur Liyana Abdul Manan dan suaminya Romie Razin Adilha Abd Jais ditangguhkan kepada 4 Disember depan apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan tarikh untuk pihak plaintif, Nur Liyana Abdul Manan menghantar laporan penyampaian secara ganti.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syarie Azmi Aziz setelah defendan, Romie, 34, gagal hadir ke mahkamah pada sebutan kali pertama, semalam, memetik laporan Sinar Harian.

Berikutan itu peguam, Siti Nur Aira Mat Joha yang mewakili Nur Liyana, 29 memohon tarikh baru untuk laporan penyampaian secara ganti atau tampalan.

Menurutnya, notis saman itu gagal diserahkan kepada defendan meskipun telah membuat serahan sebanyak tiga kali.

Serahan pertama dibuat pada 27 September lalu, diikuti pada 8 dan 10 Oktober namun Romie tidak berada di lokasi penyerahan.

“Kami telah cuba membuat serahan notis tersebut pada 27 September lalu jam 4.30 petang di rumah ibunya yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang. Selain itu pada 8 dan 10 Oktober lalu, notis tersebut turut gagal diserahkan di pejabat defendan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor,” katanya.

Nur Liyana yang sebelum ini memohon penceraian secara fasakh kemudian menarik balik berikutan Romie ingin bercerai secara baik.

Susulan itu, Nur Liyana memfailkan penceraian secara talak pada 15 September lalu  mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.








Gambar percutian Romie bersama Hanez Suraya yang pernah menimbulkan kontroversi.
 

Rumah tangga Nur Liyana yang juga seorang ahli perniagaan menjadi tumpuan ramai selepas suaminya didakwa menjalinkan hubungan intim dengan pelakon Hanez Suraya.

Sepanjang perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Hanez Suraya dilaporkan pernah memutuskan hubungannya dengan Romie selepas isu rumah tangga kekasihnya itu hangat diperkatakan kerana tidak mahu dibabitkan lagi namun terdapat laporan mendakwa mereka kemudiannya telah berbaik semula.

Izara Aishah Dan Adib Khalid Sedang Hangat Bercinta

 Izara Aishah dan Adib



KUALA LUMPUR: Bukan lagi rahsia kerana hubungan cinta Izara Aishah dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid sudah diketahui ramai.

Malah di laman Instagram milik Izara pun, beliau memuat naik gambar bersama.

Mengenali Izara sejak dulu, beliau sebenarnya agak terbuka dalam soal peribadi cuma tidak mahu melihat cerita itu terus mengaburi kerjaya seni yang dibina. Lalu Adib yang dikenalinya beberapa bulan lalu hadir di saat cinta lamanya pergi.

Izara turut menerima kejutan sambutan hari lahir yang ke-22 diaturkan Adib pada 27 September lalu iaitu sehari sebelum hari kelahiran beliau.

"Kalau orang bertanya mengenai kisah peribadi, saya akan jawab. Macam dulu memang saya dengan dia di peringkat berkawan. Tapi sejak beberapa bulan lalu, kami mengenali diri dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta.

"Memang sekarang, kalau ada yang tanya status hubungan kami... jawapannya ya. Mengenali dia, apa yang boleh saya katakan... dia selalu memberi kejutan kepada saya. Selalunya kalau saya sangka dia begitu sebenarnya tidak," katanya.


Sejak beberapa bulan lalu, kami mengenali diri dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta.


Dalam perkembangan seni, Izara memberitahu beliau sebenarnya sudah dua bulan berehat. Tak lama lagi, beliau akan ke set penggambaran drama Teman Lelaki Upahan yang akan disiarkan untuk slot Akasia TV3.

Izara memegang watak pembantu dan heroinnya, Siti Elizad manakala heronya Ungku Ismail.

"Kali terakhir saya berlakon ialah menerusi filem Sinaran. Memang rindu gila nak berlakon. Tambah pula nak berlakon drama. Gementar pun ada. Saya juga sedang menunggu empat filem dijangka tayangannya tahun depan.

"Empat filem itu ialah Showdown The Movie, Pilot Cafe, Gangsterock dan Sinaran. Kerjaya saya diuruskan sendiri seperti sebelum ini termasuk soal fotografi. Cuma untuk soal bergelar duta, saya melantik Megat Alfie untuk menguruskan apa saja perkara berkaitan," katanya.

Oleh Zaidi Mohamad

Kes Nusyuz Pelakon Sari Yanti Dibicara 17 Disember Depan

Mohd. Edy Casmadi Che Hussain (kiri) dan Sari Yanti semasa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling. 


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada Rabu lalu telah menetapkan tarikh 17 Disember sebagai perbicaraan kes nusyuz yang difailkan oleh suami pelakon Sari Yanti, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan kedua-dua pihak untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes itu.

Semasa prosiding berlangsung Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan afidavit pembelaan kes itu minggu hadapan.

“Ini adalah berikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan bersama anak guamnya,” katanya.

Peguam Syarie yang mewakili Mohd Edy turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan pembelaan pada 4 November.

Pada 8 September lalu, mahkamah menolak bantahan awal Sari Yanti dengan kos RM500.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Mohd Edy kemudian memfailkan nusyuz ke atas isterinya pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Selasa, 14 Oktober 2014

Juliana Evans Tidak Sabar Untuk Pulang Ke Malaysia

Juliana Evans bersama rakan rapatnya di AS.  

Ketika dihubungi, dia masih berada di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Western Michigan, Juliana Sophie Johari Evans, 25, atau dikenali sebagai Juliana Evans kemudiannya menyambung pula pengajian di Akademi Filem New York.

Sambil menimba ilmu, Juliana atau Jue turut mengintai peluang berlakon dengan menghadiri uji bakat serta terbabit dalam kerja-kerja produksi.

"Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yang ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita.


 Juliana Evans mengambil peluang bekerja dengan golongan kreatif di AS.


"Di sini juga ada ramai kenalan yang sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.

"Bagaimanapun saya mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.

"Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan memulakan penggambaran. Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA.



Juliana juga sempat makan angin di negara orang.


"Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini.

"Semestinya kepulangan saya untuk kembali aktif sekali gus berkongsi pengalaman serta ilmu saya ditimba saya di LA. Pada masa sama saya ingin melebarkan bakat lakonan di peringkat antarabanga jika ada rezeki," katanya.

Jue menambah, sekembalinya ke tanah air nanti kerjaya seninya akan diuruskan sebuah syarikat pengurusan yang akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi. Bagaimanapun pada peringkat awal ini segala urusan tawaran dikendalikan oleh bekas Pegawai Perhubungan Awam Astro Shaw, Afdal Shahizad.

Salah satu tawaran menarik, Jue dikhabarkan juga bakal menandatangani kontrak sebagai duta produk kecantikan antarabangsa pada Januari 2015.

Oleh Norhadiani Baharom

Senin, 13 Oktober 2014

Panas!! Rita Rudaini Terima Ugutan Bunuh

 Rita Rudiani

  

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38, membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27,  menerusi satu status yang dimuat naik Jumaat lalu.

Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh.

“Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya.

"Jadi… saya perlu melakukan seusatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi sosial WhatsApp di sini pada Ahad.



Ini adalah bukti Rita membalas mesej-mesej kiriman Aidil dan Rita terkejut bagaimana bekas suaminya itu mengatakan sebaliknya.
 

Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.

Status berkaitan bunuh itu terus dipanjangkan apabila pemilik akaun tersebut menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk  hidup.

Rita berkata, status paparan skrin yang dimuant naik Aidil itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita selain ia satu penghinaan kepada seorang wanita yang telah melahirkan dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang sah.

Dalam pada itu diminta komennya mengenai paparan skrin resit pembayaran nafkah berjumlah RM2,000 itu Rita berkata, selama ini dia tidak  pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai.

“Saya sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa saya diancam hanya kerana saya menuntut hak saya sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil.

“Saya juga tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak-anak tetapi apakah ia cukup dengan mengirimkan wang sahaja bagi menyatakan kesempurnaan tanggung jawab seorang bapa tanpa menjenguk anak-anaknya?” soal Rita.



Aidil dan isterinya, Zarema. Foto dari Instagram milik Aidil.



Mengenai status papran skrin berasingan Aidil dalam Instagram yang mendakwa Rita tidak menjawab mesej yang dikirimkannya untuk mengetahui perkembangan anak, wanita ini turut mendedahkan ia adalah tuduhan tidak benar.

Sambil memberikan bukti paparan skrin mesej perbualan mereka Rita berkata, seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu dia ada mengirim mesej kepada Aidil yang berjanji untuk bertemu anak mereka tetapi pemuda berkenaan gagal berbuat demikian.

“Dia tiada kesungguhan. Sebab itu saya malas untuk melayan mesejnya apatah lagi saya pernah mendapat mesej ‘jangan gatal’ seoalah-oleh ada pihak yang menganggap saya mahu mengganggu rumah tangga yang baru dibina Adil.

“Saya juga pernah membalas mesej-mesejnya mengenai anak tetapi saya terkejut kenapa dia masih menganggap tidak menerima sebarang balasan daripada saya,” ujar Rita.

Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu.

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

Rabu, 08 Oktober 2014

Luahan Hati Kamal Adli Kepada Intan Ladyana

 

Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana tapi sayangnya Intan Ladyana buat tidak tahu sahaja.



Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki yang kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup direnangi. Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini.

Lagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang dialami oleh Kamal Adli. Sedih Abang Nara membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop hujung minggu lalu. Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya. Abang Nara rasa nak menangis membaca kata-kata Kamal Adli ini. Memang jelas terserlah keremukan hatinya.

Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.

Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja.

Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi.

 

Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? -Kamal Adli

Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah.

Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini?

Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon. Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. 


Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh. Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.

Ok Abang Nara nak pergi cari tisu kejap. Sedih sangat masa taip nie. Semoga Kamal Adli tabah. Abang Nara faham perasaan anda. Putus cinta memang pedih. Memang boleh tak tidur malam seminggu dua. Sabarlah Kamal. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Semoga Intan Ladyana terbuka hati selepas membaca luahan ini.

(Kredit: beautifulnara)

Senin, 06 Oktober 2014

Nubhan (AF6) Selamat Bertunang Dengan Bakal Doktor Gigi

 NUBHAN dan Afifah sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta.


KUALA LUMPUR: Bintang Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, 28, selamat melangsungkan pertunangan 11 pagi tadi dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 25.

Majlis diadakan di kediaman keluarga tunangnya di Seremban 2. Pasangan ini menjalinkan hubungan sejak enam tahun lalu.

Perkenalan mereka berputik di Pulau Pangkor ketika Nubhan menjalani penggambaran manakala tunangnya pula bercuti di situ.

"Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.

"Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh," kata Nubhan yang kini sedang mempromosikan single terbaru ciptaan Ajai berjudul Kisah Kasih.

Nubhan menjelaskan pada mulanya memang cukup perit bercinta jarak jauh.

Ia pengalaman yang cukup mencabar buat mereka.

"Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.

"Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.

"Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya," kata Nubhan mengenai Afifah yang turut berasal dari Kuala Pilah sepertinya tetapi berbeza daerah.

Oleh Zaidi Mohamad

Emma Maembong Tetap Dikenali Peminat Walaupun Berpurdah

 Emma Maembong mengakui berpurdah pada masa-masa tertentu.



PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong berkata dia memakai purdah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya pada ketika itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, bagaimanapun nafi berimej seperti itu di khalayak kerana mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

"Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu.

"Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian," katanya kepada mStar Online.

Emma berkata demikian bagi mengulas dia kerap kelihatan berpurdah di tempat awam baru-baru ini.

Selain itu dia turut memuat naik beberapa keping gambar berpurdah ketika berada di kawasan umum di Instagram.


 Emma Maembong manis bertudung.


Sementara itu, tambah Emma, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.

"Terkejut juga peminat datang menyapa 'Emma Maembong kan? Nak ambil gambar boleh?'. Kata mereka, saya boleh dikenali menerusi mata sahaja walaupun berpurdah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja muncul menerusi drama Astana Cinta Aleesa menerusi saluan TV9 setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam.

Selain itu, Emma turut sibuk menjalani beberapa penggambaran drama lain.

Kata kekasih pelawak Zizan Razak itu, dia bersyukur, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.

"Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah.

"Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana," tuturnya.

 Oleh: FERIDE HIKMET ATAK

Sabtu, 04 Oktober 2014

Pelakon Izreen Azminda Dapat Hak Penjagaan Anak

 
Izreen Azminda dan anaknya, Muhammad Umar Adrian.



KUALA LUMPUR: Hari ini umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dan sambutan raya ini cukup sinonim dengan tema pengorbanan dalam pelbagai aspek kehidupan kita.

Bagi pelakon, Izreen Azminda selepas bergelar ibu tunggal kepada anak lelaki bernama Muhammad Umar Adrian yang berusia setahun tiga bulan sejak 9 Jun lalu, beliau banyak berkorban kepada cinta hatinya yang satu itu.

Malah lebih menggembirakan ibu tunggal ini apabila hak penjagaan anaknya itu jatuh sepenuhnya kepada Izreen sebagai ibu seperti diputuskan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Selasa lalu.

Bagaimanapun Izreen tetap mengizinkan bekas suaminya berjumpa dengan anak mereka walaupun mereka tidak lagi hidup sebumbung.

"Saya tak kejam kepada pihak sebelah sana (bekas suami). Ada masa, dia boleh jumpa Umar. Cuma tiada spesifik hari tertentu untuk dia bertemu Umar. Saya pun faham jadual kerjanya sebagai jurugambar produksi yang tak tentu masa.



Gambar Izreen Azminda bersama bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin.


"Dia boleh jumpa Umar, tapi saya tak benarkan dia bawa Umar bermalam di rumahnya. Kalau nak jumpa anak dengan pengawasan saya sendiri atau wakil yang saya percaya.

"Saya masih sedar Umar perlukan bapanya cuma di atas dokumen secara bertulis hak itu jatuh kepada saya sepenuhnya," katanya.

Bercakap mengenai pengorbanan dirinya, Izreen mengakui apa yang dilakukan adalah untuk masa depan anak tersayang.

Pada awal melalui fasa perceraian, Izreen mengakui bergelut dengan banyak perkara kerana beliau menjadi ibu dan bapa pada satu masa.

"Sekarang saya semakin biasa melakukan kedua tanggung jawab sebagai ibu dan bapa kepada Umar. Apabila hidup 'single' balik ini memang banyak benda kena uruskan sendiri. Saya kini cuba melaluinya dengan tenang.



Izreen Azminda dikatakan sedang  hangat bercinta dengan pelakon Amar Baharin.




"Saya tak mahu terlalu kusut dan menganggap semua ini bebanan. Apatah lagi ada saja pandangan negatif yang mula bertebaran apabila saya bergelar janda.

"Untuk tidak terlalu larut dengan semua sisi negatif ini, saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Saya hidup macam biasa... seadanya," katanya.

Izreen dan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.

Izreen melahirkan Umar pada 13 Julai 2013. Pasangan itu sah bercerai pada 9 Jun lalu selepas Riza memfailkan tuntutan cerai pada 14 Mei.


Oleh Zaidi Mohamad


Kamis, 02 Oktober 2014

Presiden Karyawan Dakwa Diana Johor 'Berbohong'

Pelakon Diana Johor atau nama sebenarnya Nordiana Zainal Abidin masih lagi belum menghubungi pihak Karyawan untuk selesaikan kemelut produksi filem tersebut.

 
PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menganggap pemilik syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd iaitu Diana Johor dan adiknya Lina Johor berbohong dan cuba melepaskan diri daripada menjelaskan hutang selain kemelut lain dalam produksi terbabit.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, sehingga kini pihak produksi milik artis tersebut belum menghubungi persatuan bagi menyelesaikan isu berkaitan wang bayaran tertunggak kepada pelakon dan kru penggambaran secara baik.

"Kenyataan dia (Diana Johor) pada sebuah akhbar kononnya tidak pernah mematikan talian telefon adalah bohong sama sekali.

"Pihak kami sudah beberapa kali cuba hubungi dia sebelum ini sehingga saya meninggalkan mesej agar dia hubungi saya kembali, namun sampai sekarang tiada apa-apa reaksi untuk dia selesaikan isu ini, dia memang tidak menjawab panggilan telefon darpada kami.

"Mungkin dia hanya bercakap dengan wartawan yang baik dan mengenalinya sahaja," ujar Freddie ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Freddie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status perkembangan tuntutan bayaran oleh pelakon dan organisasi yang telibat dengan penggambaran filem Rentap yang bernilai hampir RM100,000.


Diana Johor dan adiknya Lina Johor.



Datuk Freddie Fernandez bersama (dari kiri) Abdullah Chik, Nabilah Ibrahim dan Azliyuszaini yang menjadi mangsa syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd milik Diana Johor. 
 
Diana pernah membuat kenyataan dalam sebuah akhbar yang antara lain kecewa dengan Karyawan kerana mendedahkan perkara berkenaan kepada pihak media tanpa berusaha untuk menghubunginya terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Freddie mengakui kesal dengan tuduhan pelakon itu yang menganggap Karyawan tidak profesional dan mengaibkan dirinya.

Jelas Freddie, sidang media yang dilakukan minggu lalu bagi mendedahkan perkara tersebut merupakan jalan terakhir selepas usaha menghubungi mereka yang berkenaan gagal.

"Kita bukan sengaja mahu mengaibkan dia, pihak kami sudah cuba selesaikan perkara ini secara baik terlebih dahulu, namun gagal. Bagi saya, dia yang tidak profesional dan tidak layak untuk menjadi penerbit dalam menghasilkan sebuah filem," ujarnya.

Dalam pada itu, Freddie memberi tempoh seminggu sahaja lagi untuk pelakon tersebut menghubunginya sebelum perkara ini dibawa kepada tindakan undang-undang.

Sementara itu, pengarah filem tersebut, Hashim Rejap yang dihubungi tidak dapat memberikan sebarang komen berikutan masih menunggu perkara tersebut diselesaikan oleh pihak pengurusannya iaitu Metrowealth.

"Maaf sangat saya tidak boleh beri komen sehingga pihak pengurusan saya selesaikan perkara ini dengan produksi tersebut. Insya-Allah lepas dapat persetujuan daripada pengurusan nanti baru saya buka mulut," ujarnya yang turut didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pengarah filem itu sehingga mengakibatkan kerugian.

Terdahulu pada 25 September lalu, tiga individu yang terlibat dengan filem Rentap tampil dalam satu sidang media anjuran Karyawan mengenai soal kewangan yang perlu dijelaskan produksi terbabit.

Manakala, pelakon tersebut turut membuat penjelasan di sebuah akhbar bahawa tindakan persatuan Karyawan membuat sidang media tersebut hanya mengaibkan dirinya dan tidak profesional.

Usaha mStar Online untuk menghubungi Diana Johor gagal apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.


Oleh: KEMALIA OTHMAN

Selasa, 30 September 2014

Aliff Aziz Didenda $2,000 Kerana Mencuri Telefon Bimbit

Aliff Aziz



Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz, dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit.

Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara 20 hari sebagai ganti.

Aliff, 23 atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800.

Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong.

Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

Satu laporan di laman akhbar Berita Harian Malaysia pada 27 Ogos lalu memetik ibu Aliff, Cik S. Hafiza Basharahil, sebagai berkata bahawa anaknya itu berada di Singapura ketika itu dan keadaannya baik-baik sahaja.

Menurutnya, Aliff berada di sini atas urusan peribadi dan akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Sebelum itu, dia dikatakan telah menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran sebuah drama dan pulang ke Singapura.

Aliff dan pasangan duetnya, Siti Nordiana, yang menyanyikan lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, turut dicalonkan untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini.

Menerusi laman Twitter miliknya di bawah nama @aliffaziz pula, artis muda itu memuat naik status kelmarin dengan berkata:

"Selamat tengah hari dunia. Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi."


Kredit Sumber : Berita Harian.Sg

Intan Ladyana Bertegas Enggan Berjumpa Dengan Kamal Adli

      
Kamal Adli akui masih menyayangi Intan Ladyana.
  

PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menegaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Kamal Adli untuk memberi peluang bagi berbincang mengenai hubungan mereka yang sudah tidak apa-apa kaitan lagi.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, sebelum memutuskan untuk berpisah, dia telah pun berbincang tentang perkara itu dan sudah menjelaskan sebab-sebab mengapa hubungan berkenaan perlu diputuskan.

"Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus.

"Nak ikutkan... saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai," katanya kepada mStar Online.

Dalam program Melodi (siaran TV3) Ahad lalu, Kamal meluahkan rasa kesal apabila hubungannya dengan Intan terputus begitu sahaja dan berharap agar dapat kembali menjalinkan hubungan semula dengan aktres itu.


Kamal dan Intan akhirnya berpisah selepas enam tahun bercinta.
 
Kata kamal, sehingga kini dia masih lagi tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka tiada lagi sebarang hubungan dan masih mengharapkan agar Intan dapat bersemuka dengannya untuk berbincang tentang hubungan berkenaan. Intan pada 25 Ogos lalu mendedahkan hubungan cinta bersama Kamal sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah.

Keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

Sementara itu, Intan berkata, dia tidak akan mendedahkan sebab-sebab memutuskan hubungannya dengan aktor tersebut kerana ia terlalu peribadi.

"Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun.

"Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus," ujarnya.

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
 

Sabtu, 27 September 2014

Zed Zaidi Terpilih Lagi Sebagai Presiden SENIMAN

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jalil menewaskan dua calon lain yang turut bertanding iaitu seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof dan Afdlin Shauki.



KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi berjaya kembali mendapat kepercayaan ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk menerajui kepimpinan sebagai presiden apabila mendapat 109 undian pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 persatuan itu.

Majlis berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berjaya mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

Pelakon Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, penolongnya disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran menyandang jawatan Bendahari.

Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

AGM Seniman Ke-14 dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.

Kira-kira lebih 1,000 ahli Seniman hadir pada mesyuarat AGM tersebut dan ini merupakan perjumpaan yang dihadiri ramai selebriti lama dan baru.

Antara selebriti lain yang turut hadir termasuklah Bront Palarae, Hans Isaac, Fauziah Nawi, Nadia Nissa, Sherry Alhadad, Azhan Rani, Remy Ishak dan Susan Lancaster.

Terdahulu Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman bagi AGM ke-14 hampir sepenggal sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu dan jawatan itu adalah tidak sah.

Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.


Oleh: FERIDE HIKMET ATAK